Thursday, July 29, 2010

Wakaf Chenderong : Pihak MAIDAM tidak bersetuju perbicaraan diteruskan dan mohon saman dibatalkan.


Kes tuntutan mencabar status hukum syarak konsesi tanah wakaf Chenderong melibatkan lebih 25,000 hektar, keluasannya hampir sama dengan bahagian pulau negeri Pulau Pinang, ditangguhkan sehingga akhir Januari 2011.

Bagi pihak waris yang hadir dalam perbicaraan melahirkan rasa kesal kepada pihak MAIDAM yang berterusan menghalang proses mahkamah berjalan dengan lancar sehingga kes ini tertangguh hampir 2 tahun.

( 2 orang pewaris, mereka Bonda Sepupu kepada Sultan Terengganu yang turut hadir )

Cik Hajjah Faridah peguam pihak MAIDAM telah memaklumkan mahkamah bahawa Dymm Sultan Terengganu secara tidak rasmi mengarahkan MAIDAM memohon agar kes ini dibicarakan secara tertutup dan ini mengejutkan pihak waris kerana ia akan menghalang kepentingan pihak waris dan awam mengetahui kedudukan kes dan proses perbicaraan kerana ia melibatkan hukum syarak yang perlu diketahui oleh seluruh umat Islam.

( Cik Hajjah Faridah Binti Yusof peguam Maidam)

Selain Sultan Terengganu, Raja Perempuan Perlis dan

Tuanku Ampuan Besar N.Sembilan adalah pewaris bagi tanah wakaf ini.

Usaha pihak MAIDAM pada 12/7/2010 membuat permohonan menangguh perbicaraan atas alasan untuk mendapatkan pandangan dari segi hukum syarak dari beberapa orang pensyarah UIA juga telah menjadikan rasa was-was para waris makin meninggi kerana apakah selama ini segala urusan dan perjanjian tanah wakaf konsesi Chenderong tidak mendapat nasihat dan panduan dari pihak yang berkelayakan. Justeru itu ini membuktikan pihak MAIDAM telah gagal mengurus tadbir tanah wakaf ini mengikut hukum syarak dan adalah betul permohonan pihak plaintif untuk membuktikan hukum syarak telah dilanggar oleh pihak MAIDAM.

Para waris merasakan jika urusan tanah wakaf ini tidak dibuat berladaskan hukum syarak, segala hasil yang mereka terima setiap tahun boleh dipertikai halal dan haramnya, ini akan menjadi isu besar bagi masyarakat islam akibat kesilapan atau kelemahan pihak MAIDAM.

Begitu juga usaha pihak MAIDAM untuk menyingkirkan hakim dan plaintif pada perbicaraan tersebut juga telah menunjukan pihak MAIDAM tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 8/6/2010 yang memutuskan perbicaraan penuh perlu dilansungkan pada 25/7/2010 dan 26/7/2010 kerana segala tuntutan semakan pihak MAIDAM adalah ditolak.

Pihak MAIDAM juga memohon agar mahkamah membatalkan saman pihak Plaintif adalah satu usaha menghalang keadilan undang-undang ditegakan lebih-lebih lagi melibatkan hukum syarak.

Pihak plaintif sendiri telah memohon dalam mahkamah agar MAIDAM menyerahkan lapuran tahunan tanah wakaf Chenderong yang selama ini tidak pernah diserahkan kepada semua pewaris.

( Tengku Zainul Akmal Bin Tengku Besar Mahmud Plaintif Pertama)

Pewaris berharap agar kes ini segera diselesaikan kerana ia melibat hukum syarak dan akan menjadi kes rujukan pada masa akan datang jika berlaku kes yang serupa. Kepentingan hukum syarak perlu dipertahankan serta memastikan sumber hasil wakaf ini dari sumber halal serta sahih disegi hukum islam.

Rata-rata pewaris yang hadir melahirkan rasa tidak puashati dengan tindakan MAIDAM menghalang penyelesaian dan proses undang-undang islam dilaksanakan dengan betul oleh pihak mahkamah dalam permohonan pihak plaintif sejak sekian lama. Bagi pewaris keputusan yang dibuat oleh hakim nanti menjadikan tanah wakaf chenderong diurus tadbir bertepatan dengan kehendak hukum syarak tanpa melahirkan perasaan was-was bahawa hasil yang diterima adalah halal ataupun haram disegi hukum islam.


(Tengku Hidayah Binti Tengku Habib Plaintif kedua)

Pewaris juga mendakwa pihak MAIDAM cuba menyembunyikan sesuatu kerana sejak 2 tahun lepas pewaris menunggu perbicaraan penuh berlansung, tapi setiap kali perbicaraan ingin bermula ada sehaja alasan dan halangan akan dilakukan oleh pihak peguam MAIDAM, Bagi pewaris jika perbicaraan penuh berlansung segala penghujahan dari peguam kedua-dua belah pihak akan membuka cerita sebenar apa yang berlaku dalam status pengurusan tanah wakaf ini dan mereka berharap perkara yang dituntut oleh Plaintif dapat diterima oleh hakim serta memberikan keputusan seadil-adilnya mengikut hukum syarak.

No comments:

Post a Comment