Saturday, July 31, 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN


Keputusan 3 Hakim Mahkamah Rayuan pada 8-6-2010.

SETELAH Kami meneliti permohonan dan Affidavit Pemohon, Affidavit Responden-responden serta meneliti dokumen-dokumen yang difailkan, juga dengan meruju' kepada Hukum Syarak maka kami sebulat suara memutuskan bahawa :-


1. Semakan terhadap Perintah / Arahan mahkamah Tinggi Syariah bertarikh 4.10.2009 iaitu Perintah / Arahan yang dilakukan oleh Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang memerintahkan / mengarahkan supaya MAIDAM sebagai Defendan / Pemohon di dalam tuntutan kes Mal No. 11200-099-0400 Tahun 2008 memberikan Notis secara Penyampian ganti melalui Notis di Papan Kenyataan Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganun di Pejabat Defendan (MAIDAM) dan melalui iklan di akhbar kepada semua waris-waris kepada Wakaf Khas Zuriat Al-Marhum Tg.Nik Maimunah binti Sultan Zainal Abidin dan waris-waris Ikrar Wakaf Khas Tg. Chik Abdul Rahim bagi memanggil / memaklumkan kepada waris-waris Wakaf Khas Zuriat tersebut untuk menyertai Plaintif Pertama (Responden) dan Plaintif Kedua (Responden) di dalam kes Mal No.11200-099-2008 terhadap Dependan / MAIDAM sebagai mutawalli adalah diterima. Perintah tersebut adalah dibatalkan.



2. Semakan supaya memasukkan dan memanggil atau menamakan kesemua 292 dan 21 orang bukan waris-waris benefisiari Wakaf Khas Zuriat Al-Marhum Tg. Nik Maimunah binti Sultan Zainal Abidin dan kesemua 385 orang dan 7 orang bukan waris / benefisiari Wakaf Khas Zuriat
Al-Marhum Tg. Chik sebagai pihak-pihak adalah ditolak.



3. Semakan isu jika pihak Responden-responden gagal membawa keseluruhan kesemua waris-waris / benefisiari bersama-sama di dalam pendakwaan kes ini, sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Responden ke atas Bantahan Awal Pemohon maka Pemohon memohon Perintah Mahkamah Yang Mulia ini supaya tuntutan mal No. 11200-099-0400 tahun 2008 oleh Responden / Plaintif terbatal dengan sendirinya adalah ditolak.



4. Semakan supaya kes tuntutan deklarasi perbicaraan Mal No. 11200-099-0400 tahun 2008 dibicarakan di hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang berlainan adalah ditolak.



5. Perbicaraan Kes Mal No. 11200-099-0400 Tahun 2008 hendaklah diteruskan di hadapan Yang Arif Hakim yang sama.



DI BERI DI BAWAH TANDA TANGAN saya dan Meterai Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu pada hari ini Selasa 25 Jamadil Akhir, 1431 bersamaan 8 Jun, 2010.



MOHOR MAHKAMAH KETUA PENDAFTAR.

No comments:

Post a Comment