
Setelah mendengar taklimat daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu tentang latar belakang Chenderong Konsesyen dan menghalusi dokumen berkaitan serta persoalan-persoalan mengenainya, mesyuarat bersetuju mengambil keputusan seperti berikut :
i. Taraf wakaf Chenderong Konsesyen mengandungi wakaf khas, wakaf zuriat dan juga wasiat.
ii. Tanah wakaf tidak boleh dijualbeli atau diubah statusnya daripada syarat yang telah dibuat oleh pewakaf, tetapi tanah tersebut termasuk hasilnya boleh dipajak dan diSUBLISTkan.
iii. DYMM Al-Sultan sekarang adalah berhak menerima bahagian daripada tanah wakaf Chenderong Konsesyen kerana baginda adalah pewaris daripada keturunan baginda Al-Marhum Al-Sultan Ismail Nasaruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin.
iv. Baginda juga sebagai pemegang amanah (nazir) ke atas tanah tersebut yang dikurniakan bahagiannya sebanyak 7/144. Dengan itu perolehan baginda DYMM Al-Sultan daripadanya adalah sah dari segi peraturan dan wasiat pewakaf.
Selain daripada itu Mesyuarat juga bersetuju dengan pembahagian yang dilakukan oleh pihak MAIDAM kepada waris-waris Al-Marhumah Engku Zaharah (anak kepada Al-Marhumah Tengku Ngah Aisyah ) binti Engku Sulong, atas dasar wakaf zuriat sebagaimana ikrar wakaf Tengku Nik Maimunah sendiri iaitu :
' Kepada Paduka kekanda saya Tengku Ngah Aisyah Al-Hajjah binti Al-Marhum Al-Sultan Zainal Abidin sebanyak 24/144 bahagian dan berkekalanlah baginya, dan kemudian daripadanya berhaklah anak-anaknya mendapat daripada bahagian itu dengan sama banyak, dan kemudian kembalilah kepada zuriat keturunan masing-masing, dan manakala putus zuriat salah seorang daripada mereka maka kembalilah bahagiannya itu kepada fakir miskin Islam di bawah kelolaan dan pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Terengganu'.
No comments:
Post a Comment