Wednesday, August 11, 2010

KENAPA MAIDAM TAKUT DENGAN MEDIA DAN PLAINTIF..!!



Perintah itu melarang sembilan responden daripada mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis, yang boleh mengaibkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, yang merupakan defendan kes tanah wakaf itu.

Perintah bertarikh 25 Julai itu dibenarkan oleh Hakim Syarie Shaikh Ahmad Islam ekoran permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, yang dibuat menerusi peguam mereka Faridah Yusof.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 197(2) dan Seksyen 200 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001. Kedua-dua seksyen itu membolehkan permohonan ex-parte dibuat dan injunksi dikeluarkan oleh mahkamah.

Malah dengan perintah itu, mahkamah memutuskan bahawa perbicaraan yang melibatkan “konsesi tanah wakaf Chenderong ditangguhkan terlebih dahulu sehingga dipastikan pihak responden dan ejenya tidak melanggar arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah.”

Responden perintah itu terdiri daripada Tengku Zainul Akmal Tengku Besar Mahmud dan Tengku Hidayah Tengku Habib yang merupakan plaintif kes asal, peguam mereka Kamar Ainiah Kamaruzaman, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, The Malaysian Insider, Berita Harian, Sinar Harian, Astro dan TV Selangor.



Dalam tuntutan mereka, Tengku Zainal Akmal dan Tengku Hidayah memohon 12 perintah, antara lain agar sebagai tanah wakaf dan mengikut hukum syarak dan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu), tanak konsesi Chenderong tidak boleh dipindah milik, diserah hak, diberi pajakan atau pajakan kecil selama lebih dari tuga tahun atau digadaikan.

Mereka juga meminta mahkamah menghalang defendan daripada melanggar fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Terengganu bahawa tanah konsesi itu tidak boleh dipindah milik dan halangan itu juga tertakluk kepada mana-mana pihak ketiga.

Selain itu mereka memohon agar apa-apa perjanjian jual beli, pindah milik atau pajakan kecil atau gadaian di antara defendan dengan mana-mana pihak adalah tidak sah dan terbatal kerana bertentangan dengan hukum syarak dan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu).


1 comment:

  1. WynnCasino.com Announces Return of WynnBET for - KTNV
    Wynn Resorts has announced 동두천 출장안마 that Wynn Las Vegas will be returning to the 여주 출장마사지 보령 출장마사지 The brand will be 양주 출장샵 renamed WynnBET, as 대전광역 출장샵 a new casino on the Las Vegas Strip.

    ReplyDelete